Make your own free website on Tripod.com

PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN PRASEJARAH MALAYSIA

  

Tahap-tahap dalam kebudayaan prasejarah di Malaysia diukur berdasarkan perkembangan dalam teknologi dan sifat alat-alat yang dicipta dan bahan yang digunakan. Antara alat-alat batu yang digunakan dalam penilaian termasuklah chopper chopping tool, kapak genggam, batu repihan, mata pisau batu, gelang batu, pisau tembeling, gendang dan loceng gangsa, tembikar tanah, tulang mawas, manik dan lain-lain lagi. Mengikut Solheim, tradisi alat batu chopper chopping tool menjadi asas tradisi kebudayaan "Hoabinh" dan juga tradisi batu repihan yang berterusan di kepulauan Asia Tenggara.